KAKITANGAN PBSDBB HADIRI MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)

BANDAR BAHARU, 19 November 2025 - Seramai dua orang kakitangan PBSD Bandar Baharu telah menghadiri Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Bandar Baharu Kedah 2035 (Penggantian) hari ini.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, YB Mejar Mansor Zakaria bertempat di Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah.

Program ini merupakan program di mana pihak majlis mempamerkan draf plan pembangunan daerah hingga tahun 2035 kepada orang ramai bagi memberi peluang kepada penduduk menilai plan tersebut, memahami cadangan pembangunan dan mengemukakan pandangan.

Hadir bersama di dalam majlis tersebut, Tuan Mohd Noor Ismail, Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Saidin Lateh, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Perancangan Bandar & Desa PLAN Malaysia, Tuan  Mohd Munizam Abdul Aziz, Pengarah PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) Negeri Kedah,  Hajah Haslina Chan@Hassan, Pengarah Projek PLANMalaysia, kenamaan-kenamaan lain serta ketua-ketua jabatan/wakil jabatan dari Daerah Bandar Baharu.

Puan Nik Noorazlin Nik Mohd Nor, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu dan Puan Nur Adila Mohamad, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar  Baharu mewakili PBSDBB ke majlis tersebut.

Disediakan oleh :
Fariza binti Ghazalli (PBSD Bandar Baharu)
fariza.ghazali@kbs gov.m

 

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search