- JBS Kedah
- Hits: 2
PELAKSANAAN KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN 2025 PERINGKAT DAERAH PADANG TERAP
- JBS Kedah
- Hits: 2
PADANG TERAP KEDAH, 28 SEPTEMBER 2025 – Pelaksanaan Kem Belia @ Prihatin 2025 Peringkat Daerah Padang Terap telah berjaya dilaksanakan pada 25 - 27 September 2025 yang lalu bertempat di AMD Resort & Camp, Perik, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
Program ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Padang Terap dan dilaksanakan selama 3 hari 2 malam ini dihadiri seramai 49 orang peserta dari 5 buah sekolah menengah di dalam Daerah Padang Terap. Antara Sekolah yang terlibat adalah SMK Kuala Nerang, SMK Padang Terap, SMK Pedu, SMK Naka dan SMK Lubuk Merbau.
Sepanjang program in dilaksanakan para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang dirangka khusus untuk membentuk sahsiah dan jati diri, antaranya Latihan Dalam Kumpulan (LDK), aktiviti malam, ceramah motivasi, perkongsian ilmu serta sesi kesedaran bersama agensi kerajaan seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta aktiviti yang diadakan dengan objektif untuk memperkukuh disiplin, kepimpinan, serta semangat berpasukan dalam kalangan peserta.
Majlis penutup program telah disempurnakan oleh En. Md. Tajudin bin Morad, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Daerah Padang Terap, Sektor Pembangunan Murid. Hadir bersama, En. Mohd Izuan bin Saidin, Pegawai Unit Pembangunan Sosial, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Turut bersama, En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, fasilitator, guru pengiring dan urusetia Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.