Kelab Sungai Petani, Sungai Petani, 18 Oktober 2025 - Sungai Petani Aquatic Club hari ini telah menganjurkan Kursus Keselamatan Di Air dan CPR Tahun 2025 melalui sokongan dari Pejabat YBM KBS Malaysia dengan kerjasama dari Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah serta Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kedah.
Program yang dijalankan secara percuma ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai aspek keselamatan di air, asas menyelamat, serta teknik pemulihan pernafasan (CPR) yang boleh diberikan sekiranya berlaku sesuatu kemalangan atau sebagainya.
Seramai 60 orang peserta telah menyertai program sehari ini yang melibatkan penyertaan dari kalangan Pegawai-pegawai Belia Dan Sukan seluruh Negeri Kedah, Guru-guru, penggerak/sukarelawan NGO tempatan, serta pelajar sekolah. Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Penghargaan/Penyertaan telah disempurnakan oleh Tn, Hj. Mohd Kamaruzaman Bin Khalidin Pegawai Kecergasan Nasional, mewakili Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah.
