- JBS Kedah
- Hits: 84
Kelas Latihan Asas Sukan (KLAS) Mendaki Tembok Tiruan Peringkat Negeri Kedah 2025
- JBS Kedah
- Hits: 84
17-18 oktober 2025, Kombes Kedah - Seramai 40 peserta daripada pelbagai latar belakang termasuk anggota penyelamat bomba telah menyertai Kelas Latihan Asas Sukan (KLAS) Mendaki Tembok Tiruan Peringkat Negeri Kedah bagi tahun 2025 yang berlangsung selama dua hari di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah. Program anjuran bersama Unit Pembangunan Sukan Rekreasi (JBS Kedah)dan Peak Allstar Climbing Club ini bertujuan memberi pendedahan asas kepada peserta mengenai teknik dan keselamatan dalam aktiviti sukan mendaki.
Kursus ini turut mendapat sokongan dan kerjasama penuh dari Jabatan Bomba Alor Setar yg menghantar jumlah peserta yg ramai dikalangan ahli mereka, kerana ianya dilihat amat membantu anggota ini meningkatkan lagi pengetahuan terutama dalam penggunaan tali tinggi, yg mungkin amat berguna ketika berlaku operasi menyelamat kelak.
Kursus ini merangkumi sesi teori dan amali termasuk pengenalan kepada peralatan mendaki, teknik asas belaying dan knotting, serta latihan mendaki di dinding tiruan (artificial wall). Peserta turut diberi penerangan mengenai aspek keselamatan, penjagaan peralatan serta etika mendaki.
Penganjuran kursus seumpama ini penting dalam melahirkan lebih ramai penggiat sukan rekreasi yang celik keselamatan serta berdisiplin tinggi.
Peserta yang menamatkan kursus ini menerima sijil penyertaan dan layak mengikuti Kursus Lanjutan di masa yang akan datang.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat maklum balas positif daripada para peserta yang menyifatkan pengalaman ini sebagai sesuatu yang mencabar dan bermanfaat.
