- JBS Kedah
- Hits: 80
PELAKSANAAN SENAMAN WARGA EMAS SIRI-4 DAERAH PADANG TERAP TAHUN 2025.
- JBS Kedah
- Hits: 80
PADANG TERAP KEDAH, 02 NOVEMBER 2025 – Pelaksanaan Program Senaman Warga Emas Siri-4 Daerah Padang Terap Tahun 2025 telahpun diadakan dengan jayanya pada 02 November 2025 (Ahad) yang lalu bertempat di Perkarangan Ibu Pejabat Polis (IPD) Padang Terap, Kedah Darul Aman disini.
Program Kecergasan Senaman Warga Emas Siri-4 Peringkat Daerah Padang Terap diadakan ini adalah bertujuan untuk membudayakan sukan dan amalan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat khususnya warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.
Selain itu juga, penyertaan warga emas khususnya pesara akan mempunyai banyak masa lapang justeru mereka diseru untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan menerusi program berkenaan.
Pelaksanaan program ini meliputi senamrobik bagi mengekalkan kecergasan kepada anggota polis khususnya IPD Padang Terap.
Hadir bersama En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
