- JBS Kedah
- Hits: 60
PELAKSANAAN SENAMAN WARGA EMAS SIRI-2 DAERAH PADANG TERAP TAHUN 2025.
- JBS Kedah
- Hits: 60
PADANG TERAP KEDAH, 02 NOVEMBER 2025 – Pelaksanaan Program Senaman Warga Emas Siri-2 Daerah Padang Terap Tahun 2025 telahpun diadakan dengan jayanya pada 01 November 2025 (Sabtu) yang lalu bertempat di Perkarangan Masjid Padang Nyok, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman disini.
Program Kecergasan Senaman Warga Emas Siri-2 Peringkat Daerah Padang Terap diadakan ini adalah bertujuan untuk membudayakan sukan dan amalan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat khususnya warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.
Selain itu juga, penyertaan warga emas khususnya pesara akan mempunyai banyak masa lapang justeru mereka diseru untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan menerusi program berkenaan.
Pelaksanaan program ini meliputi senaman ringan dan aktiviti berjalan (briskwalk) dengan jarak 3 kilometer. Penyertaan program ini adalah seramai lebih 40 orang yang terdiri daripada warga emas dari komuniti kariah Masjid Padang Nyok, Kuala Nerang.
Hadir bersama En. Johardi bin Rosla, Pembantu Belia dan Sukan (Unit Sukan) Daerah Padang Terap.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
