PELAKSANAAN SENAMAN WARGA EMAS SIRI-1 DAERAH PADANG TERAP TAHUN 2025.

PADANG TERAP KEDAH, 02 NOVEMBER 2025 – Pelaksanaan Program Senaman Warga Emas Siri-1 Daerah Padang Terap Tahun 2025 telahpun diadakan dengan jayanya pada 23 Oktober 2025 (Khamis) yang lalu bertempat di Sri Muhibbah, Pedu, Padang Terap, Kedah Darul Aman disini.

Program Kecergasan Senaman Warga Emas Siri-1 Peringkat Daerah Padang Terap diadakan ini adalah bertujuan untuk membudayakan sukan dan amalan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat khususnya warga emas berusia 60 tahun dan ke atas. Selain itu juga, penyertaan warga emas khususnya pesara akan mempunyai banyak masa lapang justeru mereka diseru untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan menerusi program berkenaan.

Pelaksanaan program ini meliputi senaman ringan dan chairobik. Penyertaan program ini adalah seramai lebih 40 orang yang terdiri daripada warga emas dari komuniti Pedu.Instruktur Chairobik ini telah diketuai oleh Pn. Julian binti Jouned@Junid. 

 

#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani

 

DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search