LANGKAWI, 04 November 2025- Pada 31 Oktober 2025 bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Penghulu Ayer Hangat (SKPA) telah diadakan Senaman Warga Emas bagi siri 7 untuk Daerah Langkawi.
Aktiviti senaman warga emas ini dianjurkan dengan kerjasama Pengurusan SKPA bersama Kleab Senamrobik Aspirasi.
Seramai lebih kurang 40 orang warga emas dan komuniti setempat hadir memeriahkan aktiviti kecergasan ini. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program bersama ini.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
