PERLAWANAN PERSAHABATAN BADMINTON ERAT SILATURAHIM ANTARA PASUKAN

LANGKAWI, 02 November 2025-  Satu perlawanan persahabatan badminton telah berlangsung dengan meriah di Dewan Kompleks Sukan Langkawi pada 02 November 2025, melibatkan penyertaan daripada  Pasukan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi dan Pasukan  Delima daripada Alor Setar.

Aktiviti ini bertujuan untuk meraikan kehadiran Pasukan Delima ke Langkawi dan menggalakkan gaya hidup sihat , disamping mengukuhkan hubungan  silaturahim dan semangat berpasukan dalam kalangan ahli Puspanita itu sendiri.

Perlawanan bermula pada jam 8.30 pagi dan di sertai lebih 20 orang peserta.

Turut bermain Puan Nurul Fitriah Bt Hj Drani, PBSD Langkawi, merangkap AJK Biro Sukan & Rekreasi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi.

 

DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search