- JBS Kedah
- Hits: 66
Program Rakan Muda : Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Siri 2 : Taklimat Keselamatan Alam Sekitar Peringkat Daerah Kota Setar Tahun 2025
- JBS Kedah
- Hits: 66
ALOR SETAR, 1 November 2025 – Seramai 45 orang peserta dari kalangan belia sekitar Daerah Alor Setar telah menyertai Program Rakan Muda : Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Siri 2 : Taklimat Keselamatan Alam Sekitar Peringkat Daerah Kota Setar Tahun 2025 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Cawangan Alor Setar yang telah diadakan di Kawasan Rekreasi Gunung Keriang, Alor Setar Kedah .
Program ini merupakan satu wadah kepada para sukarelawan untuk mengasah semangat kesukarelawanan sebagai suatu gaya hidup bagi membentuk peribadi belia yang positif serta komited dalam membantu masyarakat dan negara. Sepanjang program ini berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan tatacara pengurusan keselamatan alam sekitar oleh pegawai dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Cawangan Alor Setar.
Turut hadir Puan Nazifah Binti Muhamad Zubir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Setar, kakitangan pengurusan kawasan rekreasi Gunung Keriang dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar bagi bersama-sama memberi sokongan menjayakan program ini.
Majlis berakhir dengan penyampaian Sijil Penyertaan kepada peserta dan Sijil Penghargaan kepada tenaga pengajar, disusuli jamuan ringan dan sesi bergambar kenangan.
#rakanmudajbsn
#pbsdkotasetar
DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL, PBSD KOTA SETAR
