- JBS Kedah
- Hits: 85
Pertandingan Inovasi Kitar Semula Peringkat Kebangsaan sempena Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Kebangsaan Tahun 2025
- JBS Kedah
- Hits: 85
KUALA LUMPUR, 4 Oktober 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar mengucapkan setinggi-tingi penghargaan dan tahniah kepada pasukan inovasi kitar semula mewakili Negeri Kedah dari SMK Seri Gunong yang berjaya mempersembahkan projek inovatif bertajuk “ STOVEN ” di Pertandingan Inovasi Kitar Semula Peringkat Kebangsaan sempena Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negara yang telah berlangsung di My Town Shopping Center, Kuala Lumpur. Pasukan Stoven telah berjaya meraih tempat ke-5 dari keseluruhan penyertaan.
Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pegawai pengiring, Puan Salwa Binti Senawi, Penolong Pengarah Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah bersama Encik Mohd Shamir Shamsi Bin Md Lazim, wakil dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar serta barisan guru pembimbing di atas segala kerjasama penyelarasan pasukan yang bertanding.
Setiap pasukan yang bertanding telah dinilai dari segi bahan pameran, dokumentasi serta kemahiran komunikasi ahli pasukan. Pasukan Stoven mewakili harapan sekolah untuk menonjolkan inovasi pelajar luar bandar dalam menyelesaikan masalah alam sekitar melalui pendekatan kreatif dan lestari. Melalui pengalaman daripada pertandingan ini, para peserta telah menyuarakan semangat untuk meletakkan sasaran yang lebih tinggi di masa akan datang. Majlis berakhir dengan sesi bergambar kenangan.
#rakanmudajbsn
#pbsdkotasetar
DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL, PBSD KOTA SETAR
