- JBS Kedah
- Hits: 73
Majlis Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Emas Badan Operasi : PBSD Kota Setar Tahun 2025
- JBS Kedah
- Hits: 73
BUKIT JALIL KUALA LUMPUR, 8 November 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penerima Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Emas Badan Operasi : PBSD Kota Setar Tahun 2025 di mana majlis penyampaian anugerah tersebut telah berlangsung di Dewan Casa 4, Majlis Sukan Negara Bukit Jalil Kuala Lumpur .
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Aida Nur Qistiena Binti Mohd Rafi dan Muhammad Ridzuan Bin Helmi, penerima sijil pentauliahan ARPRM Tahap Emas dari pimpinan Badan Operasi : PBSD Kota Setar. Setinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada barisan pemimpin dan pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi membimbing serta mendidik peserta hingga mencapai kejayaan ini.
Majlis berprestij ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang telah menyampaikan sijil dan lencana emas kepada para penerima.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, barisan pengarah dan pegawai JBS Negeri, wakil-wakil agensi pelaksana, mentor dan barisan pemimpin.
Majlis diserikan dengan persembahan oleh penggiat rakan muda dan berakhir dengan sesi penyampaian penghargaan kepada semua pihak yang terlibat serta sesi bergambar bersama semua penerima anugerah.
#rakanmudajbsn
#pbsdkotasetar
DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL, PBSD KOTA SETAR
