- JBS Kedah
- Hits: 75
Program Rakan Digital : Quick Canva Editing Skills - Siri 2 Peringkat Daerah Kota Setar Tahun 2025
- JBS Kedah
- Hits: 75
ALOR SETAR, 29 Oktober 2025 – Seramai 20 orang peserta dari kalangan belia setempat telah menyertai Program Rakan Digital : Quick Canva Editing Skills_ Siri 2 Peringkat Daerah Kota Setar Tahun 2025 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar yang telah diadakan di Makmal Komputer Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gunong, Alor Setar .
Sepanjang program ini berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan teknik penggunaan Canva AI, Magic Design, Magic Write dan AI Photo Editor bagi mencipta poster, infografik, video dan pembentangan kreatif. Pembelajaran ini telah disampaikan oleh Puan Hafizah Binti Abdullah @ Ali, Pensyarah Teknologi Maklumat dari Kolej Komuniti Bandar Darul Aman, Jitra.
Turut hadir Puan Nazifah Binti Muhamad Zubir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Setar diiringi bersama Pengetua SMK Seri Gunong, Encik Harris Ganae Bin Nainar serta barisan guru-guru Penolong Kanan Pentadbiran dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar bagi bersama-sama memberi sokongan menjayakan program ini.
Reaksi peserta amat positif di mana ramai menyatakan dengan menggunakan aplikasi Canva AI mampu menjadikan proses reka bentuk lebih mudah dan menyeronokkan. Majlis berakhir dengan penyampaian Sijil Penyertaan kepada peserta dan Sijil Penghargaan kepada tenaga pengajar, disusuli jamuan ringan dan sesi bergambar kenangan.
#rakanmudajbsn
#pbsdkotasetar
DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL, PBSD KOTA SETAR
