PROGRAM RAKAN EKSPRESI : MAJLIS PENTAULIAHAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA TAHAP PERAK DAN GANGSA TAHUN 2025 PERINGKAT NEGERI KEDAH.

JITRA KEDAH, 10 NOVEMBER 2025 - Program Rakan Ekspresi : Majlis Pentauliahan Tahap Perak dan Gangsa Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Gangsa dan Perak Tahun 2025 Peringkat Negeri Kedah telahpun diadakan dengan jayanya pada 09 November 2025 (Ahad) bertempat di Dewan Tunku Anum, Kompleks Pentadbiran Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah Darul Aman disini.


Majlis ini diadakan adalah untuk mengiktirafkan pencapaian pelajar yang terlibat dalam Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) sama ada untuk Tahap Perak dan juga Tahap Gangsa di peringkat daerah masing-masing.

Daerah Padang Terap, secara keseluruhannya penglibatan adalah seramai 40 orang pelajar. Berikut merupakan pecahan mengikut sekolah dalam Daerah Padang Terap yang menerima anugerah tersebut:-

1. Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad. 

    = Tahap Perak : 10 orang Pelajar

    = Tahap Gangsa : 10 orang pelajar

 

2. Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Merbau.

    = Tahap Gangsa : 20 orang pelajar

 

 

Penyampaian Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Gangsa dan Perak Tahun 2025 Peringkat Negeri Kedah, disempurnakan oleh Yg. Berbahagia Dato’ Hj. Zepri bin Saad, Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah. Hadir bersama Yg. Berusaha, Pn. Salwa binti Senawi, Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.


Turut hadir bersama, En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, En. Azizan bin Hamid, Pengetua SMK Lubok Merbau dan En. Saifullah bin Mohd Saad, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, SMK Datuk Syed Ahmad.

 

#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
#rakanmuda

 

DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search