Majlis Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Gangsa Badan Operasi : PBSD Kota Setar Tahun 2025

JITRA KEDAH, 9 November 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penerima-penerima Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Gangsa Badan Operasi : PBSD Kota Setar Tahun 2025 di mana majlis penyampaian anugerah tersebut telah berlangsung di Dewan Tunku Anum, Pejabat Pentadbiran Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah .

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para penerima sijil pentauliahan ARPRM Tahap Gangsa dari pimpinan Badan Operasi : PBSD Kota Setar yang dizahirkan dari SMK Tengku Laksamana, SMK Agama Kedah dan Maktab Mahmud Pokok Sena. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada barisan pemimpin dan pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi membimbing serta mendidik peserta hingga mencapai kejayaan ini.

Majlis penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh Dato’ Haji Zepri Bin Saad, Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah yang telah menyampaikan sijil dan lencana gangsa kepada para penerima. 

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Puan Salwa Binti Senawi, Penolong Pengarah Rakan Muda bersama Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, barisan pegawai-pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah, wakil-wakil agensi pelaksana, mentor dan barisan pemimpin.

Majlis berakhir dengan sesi penyampaian penghargaan kepada semua pihak yang terlibat serta sesi bergambar bersama semua penerima anugerah dan majlis makan tengahari.

 

#rakanmudajbsn

#pbsdkotasetar

 

DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL, PBSD KOTA SETAR

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search