- JBS Kedah
- Hits: 97
Program Rakan Mahir : Skills For Life @ Parlimen Kuala Kedah Siri 2 : Bengkel Asas Automotif Peringkat Daerah Kota Setar Tahun 2025
- JBS Kedah
- Hits: 97
KUALA KEDAH, 30 Oktober 2025 – Seramai 20 orang peserta dari kalangan belia telah menyertai Program Rakan Mahir : Skills For Life @ Parlimen Kuala Kedah Siri 2 : Bengkel Asas Automotif Peringkat Daerah Kota Setar Tahun 2025 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar dengan kerjasama Giatmara Kuala Kedah dan Kelab Belia Masjid Telok Kandis yang telah diadakan di Bengkel Automotif Giatmara Kuala Kedah, Alor Setar Kedah .
Sepanjang program ini berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan teknik penggunaan alatan tangan automotif bagi kerja-kerja pembaikan, pengubahsuaian dan proses servis komponen automotif. Pembelajaran ini telah disampaikan oleh tenaga pengajar dari Giatmara Kuala Kedah iaitu Encik Mohd Fakhruzi Bin Othman, Tenaga Pengajar Agriculture Machinery dan Encik Musa Bin Awang Kechik, Tenaga Pengajar Kanan Teknologi Automotif.
Turut hadir Puan Nazifah Binti Muhamad Zubir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Setar diiringi bersama Pengurus Kanan Giatmara Kuala Kedah, Encik Mohd Khairi Bin Mat Isa serta kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar bagi bersama-sama memberi sokongan menjayakan program ini.
Pandangan peserta menyatakan dengan mempelajari teknik dan fungsi alatan automotif mampu membantu menyelesaikan masalah berkaitan automotif dengan mudah, cepat dan mengurangkan kos. Majlis berakhir dengan penyampaian Sijil Penyertaan kepada peserta dan Sijil Penghargaan kepada tenaga pengajar, disusuli jamuan ringan dan sesi bergambar kenangan.
#rakanmudajbsn
#pbsdkotasetar
DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL, PBSD KOTA SETAR
