Kedah beraksi di Liga Sukan Komuniti 2025 Kebangsaan! Sports Arena @ UNITEN, Putrajaya -26 – 28 Sept 2025 - Bola Jaring | Sepak Takraw | Pingpong | Bola Baling -8.00 pagi – 10.00 malam (26 & 27 Sept) -8.00 pagi – 5.00 petang (28 Sept) Ayuh turun beramai-ramai, sokong pasukan kegemaran anda! Sukan Untuk Semua, JBSN Komited!
Yan Kedah , 19-21 September 2025 telah diadakan Program Pengurusan Organisasi Peringkat Negeri Kedah bertempat di Kampung Aceh Management Centre,Yan. Program ini telah dihadiri peserta dari kalangan ahli-ahli kelab belia dan persatuan belia di seluruh negeri Kedah. Seramai 50 orang peserta yang menyertai PPO kali ini dengan bimbingan fasilitator dari kalangan para Pegawai Belia dan Sukan yang telah dilantik. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh En. Mohamad Suhaimi bin Md Saad Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Turut hadir adalah Pn Hazwani binti Samsuddin, Pegawai Pemantau dari Bahagian Pembangunan Kepimpinan, JBSN.
Yan Kedah , 19-21 September 2025 telah diadakan Program Pengurusan Organisasi Peringkat Negeri Kedah bertempat di Kampung Aceh Management Centre,Yan. Program ini telah dihadiri peserta dari kalangan ahli-ahli kelab belia dan persatuan belia di seluruh negeri Kedah. Seramai 50 orang peserta yang menyertai PPO kali ini dengan bimbingan fasilitator dari kalangan para Pegawai Belia dan Sukan yang telah dilantik. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh En. Mohamad Suhaimi bin Md Saad Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Turut hadir adalah Pn Hazwani binti Samsuddin, Pegawai Pemantau dari Bahagian Pembangunan Kepimpinan, JBSN.
Paroi, 20 September 2025 - Pasukan Kedah tidak pulang tangan kosong dengan memenangi Acara Futsal Wanita di Kejohanan Liga Sukan OKU (LISOKU) Kebangsaan 2025 di Kompleks Belia dan Sukan Paroi. Pasukan Futsal Lelaki kandas di separuh akhir dan mendapat tempat ke-4. Pasukan Bola Tampar serta Tenpin Bowling berakhir hampa tanpa sebarang pingat. Namun semangat yang ditunjukkan amat membanggakan!! Berikut adalah senarai pemenang bagi acara yang dipertandingkan: Futsal (Kategori Lelaki) : Perak : Kelantan : Selangor Futsal (Kategori Wanita) : Kedah : WP Labuan : Perak Bola Tampar Duduk (Kategori Lelaki) : Selangor : Negeri Sembilan : Perak Bola Tampar Duduk (Kategori Wanita) : Negeri Sembilan : Sarawak : Perak Tenpin Boling (Kategori Berpasukan Lelaki) : WP Kuala Lumpur : Perak : Johor Tenpin Boling (Kategori Berpasukan Wanita) : Melaka : Selangor : Pahang Tenpin Boling (Kategori Berpasukan Campuran) : Melaka : Perak : Johor Tenpin Boling (Kategori Individu Lelaki) : Saudara Ali Imran (Selangor) Tenpin Boling (Kategori Individu Wanita) : Saudari Amal Athira (Selangor) Juara Keseluruhan dimenangi oleh pasukan Perak. Tahniah buat semua pemenang! Tahniah dan terima kasih juga buat semua yang terlibat dalam memperkasakan budaya sukan disemua peringkat
Paroi, 19 September 2025 - Liga Sukan Orang Kurang Upaya 2025 Peringkat Kebangsaan membuka tirai pertandingan dengan bermulanya acara futsal dan bola tampar duduk yang telah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi Pasukan Futsal Lelaki dan Perempuan mendominasi kumpulan masing-masing dan bakal meraih Johan Kumpulan untuk layak ke peringkat suku akhir petang esok. Satu permulaan yang hebat buat team Kedah!! Pasukan Bola Tampar Duduk Lelaki bergelut untuk mencari kemenangan dan terpaksa akur dengan 2 kekalahan dengan lawan masing-masing dan menanti perlawanan terakhir kumpulan esok. Semangat juang tinggi pasukan sangat dipuji dan semoga peroleh kemenangan esok untuk melengkapkan jadual. Pasukan Wanita juga mengalami 2 kekalan dan perlu mencari kemenangan menentang pulau pinang esok untuk membuka peluang ke peringkat kalah mati Doakan kejayaan team Kedah untuk perlawanan seterusnya serta pusingan kalah mati esok dan juga Semoga berjaya buat pasukan Boling Negeri Kedah esok yang akan membuka tirainya di Mesa Mall, Nilai. ALL THE BEST buat Team LISOKU Kedah. Pulun Kedah Pulun!! Jom berikan sokongan buat mereka!
Alor Setar, 18 September 2025 - Kontinjen Kedah seramai 67 orang yang terdiri daripada 52 atlet, 6 pengurus/jurulatih, 3 pengiring dan 6 urusetia telah berkumpul di KOMBES Alor Setar pagi ini bagi menghadapi Liga Sukan OKU Kebangsaan (LISOKU) 2025 di Negeri Sembilan mulai 19-21 September 2025. Program bermula dengan taklimat LISOKU serta penyerahan baju kontinjen kepada semua atlet dan pegawai yang akan membawa cabaran negeri Kedah. Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, En. Mohammad Suhaimi bin Md Saad yang menyampaikan kata-kata semangat kepada atlet agar berjuang dengan penuh semangat dan menjadikan kejohanan ini sebagai medan memperkasakan bakat serta mempertingkatkan keyakinan diri. Semoga Team Kedah terus cemerlang dan membawa pulang kejayaan. Pulun Kedah Pulun!
Seramai 40 orang peserta dari seluruh daerah di Negeri Kedah telah menyertai Bengkel Pembelajaran Instruktor Senamrobik (Freestyle – Solusi Aero) yang berlangsung selama tiga hari bermula 12 hingga 14 September 2025 bertempat di Dewan Teratai, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah. Pelbagai pengisian menarik telah dilaksanakan seperti Base Moves, Symmetrical (Simple, Flow, Travel, Direction & Mode), Latihan Berkumpulan, Masterclass, Cueing Program ini menjadi platform penting dalam memantapkan kemahiran senamrobik serta melahirkan tenaga pengajar yang lebih kreatif dan berdaya saing. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sukan Jabatan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah Encik Mohd Hanaffi bin A.Rahman. Tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan semangat luar biasa sepanjang bengkel ini berlangsung!
GUAR CHEMPEDAK, 13 Sept – Sebanyak 300 peserta telah menyertai Jerai Mountain Challenge 2025 yang berlangsung dengan pelepasan rasmi di Kompleks Perniagaan Guar Utama, Guar Chempedak pada pagi ini. Kejohanan ini menampilkan cabaran berbasikal mendaki ke arah Gunung Jerai, dengan pelbagai kategori dipertandingkan termasuk jarak 10 kilometer dan 20 kilometer. Acara ini bukan sahaja menguji daya tahan fizikal dan mental para peserta, malah turut menjadi tarikan pelancongan sukan berikutan keindahan landskap semula jadi yang dilalui sepanjang laluan. Lebih menarik, penganjuran edisi kali ini turut memberi tumpuan kepada kategori pembangunan (junior) sebagai medan pencarian bakat muda dalam sukan berbasikal untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. Pihak penganjur turut menzahirkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat serta peserta yang menjayakan kejohanan berprestij ini
Alor Setar, 12 Sept 2025- Perlumbaan berprestij Tour Geo D’Kedah Peringkat Negeri Kedah Darul Aman 2025 membuka tirai hari ini dengan Stage 1 dilepaskan oleh YB Mohamad Amri Wahab, ADUN Derga di Dataran Medan Bandar, Alor Setar. Perlumbaan berperingkat sejauh 306KM ini bakal berlangsung selama 4 hari, merentasi beberapa daerah dengan cabaran laluan berbukit yang menjadi tarikan geografi Kedah. Bagi peringkat pertama, kayuhan sejauh 128KM bermula dari Alor Setar menuju ke garisan penamat di Taman Awam Tunku Putra, Kuala Nerang. Sebanyak 127 pelumba termasuk peserta antarabangsa dari Singapura dan Thailand turut serta+ memeriahkan kejohanan kali ke-7 ini.