Persatuan Lawn Bowls Kedah telah mengadakan kunjungan hormat bagi menyatakan hasrat menganjurkan Kejohanan Mahsuri Cup Ke-27 (Jemputan Antarabangsa) sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 seperti yang dirancang.
Dalam pertemuan ini, perbincangan turut menyentuh keperluan bantuan sokongan melalui permohonan Dana Sukan Komuniti, yang akan dikemukakan mengikut jendela permohonan yang telah ditetapkan.
Diharapkan kerjasama strategik ini dapat memperkukuh pembangunan sukan lawn bowls di Negeri Kedah, di samping meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.
Semoga usaha ini berjalan lancar dan memberi manfaat berterusan kepada pembangunan sukan serta komuniti setempat.
#lawnbowlkedah
#teamjbsn
#TeamKBS
