- JBS Kedah
- Hits: 29
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN (JKPAK) BIL. 4/2025 DAN MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN BIL. 4/2025 JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
- JBS Kedah
- Hits: 29
ALOR SETAR KEDAH, 12 JANUARI 2026 - Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Bil. 4/2025 dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Bil. 4/2025 Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telahpun diadakan pada 11 Januari 2026 (Ahad) yang lalu bertempat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Wisma Persekutuan Anak Bukit, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pn. Salwa binti Senawi, Pemangku Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dan ahli mesyuarat terdiri daripada pegawai dari ibu pejabat serta pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah/Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah.Pembentangan berkenaan dengan pengurusan aset Jabatan dan Daerah telah dibuat oleh Urusetia masing-masing. Segala isu di peringkat daerah juga telah diketengahkan dalam mesyuarat berkenaan.
Hadir bersama En. Mohamad Sallehuddin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
