Alor Setar, 13 Jan 2026 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah menerima kunjung hormat daripada DIPO Darts Club berhubung permohonan kerjasama penganjuran pertandingan “Target JP 3Some Darts Championship 2026”.
Permohonan ini melibatkan penggunaan kemudahan sukan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah yang dicadangkan sebagai venue utama pertandingan baling damak tersebut.
Pertandingan ini dirancang berlangsung pada 31 Januari hingga 1 Februari 2026, bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam, dengan penyertaan pemain-pemain darts dari pelbagai peringkat.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah sentiasa menyokong usaha kelab dan persatuan sukan dalam memperkasa pembangunan sukan serta menyediakan platform pertandingan yang sihat dan berdaya saing, selari dengan usaha membudayakan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat.
Semoga kerjasama strategik ini dapat memberi manfaat kepada pembangunan sukan baling damak di Negeri Kedah.
#teamjbsn
#TeamKBS
#jbsnk
#malaysiaaktif
