Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSN Kedah) telah berjaya menganjurkan Retreat JBSN Kedah 2025 yang berlangsung selama dua hari di Jitra dengan penyertaan penuh semua kakitangan dari seluruh negeri Kedah.
Penganjuran retreat ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerja, memantapkan semangat berpasukan serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga JBSN Kedah. Pelbagai pengisian bermanfaat telah dilaksanakan bagi meningkatkan kefahaman, kerjasama dan keupayaan tadbir urus di peringkat daerah dan negeri.
Program ini turut diserikan dengan malam persembahan bertemakan “Orang Kampung”, yang berjaya menarik perhatian para peserta melalui pemakaian tradisional yang menggamit nostalgia suasana desa era 1970-an, sekali gus menyemarakkan kenangan dan nilai kebersamaan yang semakin jarang dinikmati.
Secara keseluruhannya, penganjuran retreat ini telah memberikan impak positif dengan meningkatkan kecekapan kakitangan dalam menangani isu dan cabaran organisasi secara lebih berkesan, di samping memperkukuh kesepaduan serta komitmen berterusan dalam menyokong aspirasi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
DISSEDIAKAN OLEH : PBSD YAN
