- JBS Kedah
- Hits: 28
LAWATAN SULONG YB MENTERI KE PROGRAM ASPIRASI BELIA NEGERI KEDAH
- JBS Kedah
- Hits: 28
Program Larian Aspirasi Belia 4B Negeri Kedah telah berlangsung dengan meriah di Muzium Negeri Kedah, Alor Setar, sekali gus mencipta sejarah sebagai program sulung YB Menteri Belia dan Sukan YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari di bumi Kedah.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh beliau menandakan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasa peranan belia serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
Program anjuran Persatuan Belia 4B Negeri Kedah ini melibatkan larian sejauh 5 kilometer sekitar pekan Alor Setar dan berjaya menarik penyertaan pelbagai lapisan belia serta komuniti setempat.
Selain acara larian, pengunjung turut disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan bertuah dan Pasar Belia, yang memberi ruang kepada usahawan muda mempamer serta memasarkan produk mereka.
Program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan, malah menjadi platform memperkukuh jaringan belia serta merancakkan aktiviti komuniti di Negeri Kedah.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Abd Aziz Abd Rahman, Dato Bandar Alor Setar Dato' Haji Abdul Gafar bin Yahya dan YB Adun Derga Muhamad Amri bin Wahab mewakili Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah.
#jbsnk
#kbsMalaysia
#teamjbsn
#TeamKBS
#belia4B
