- JBS Kedah
- Hits: 4
MAJLIS AMANAT TAHUN 2026 PEGAWAI DAERAH PADANG TERAP BERSAMA PENJAWAT AWAM DAERAH PADANG TERAP
- JBS Kedah
- Hits: 4
PADANG TERAP KEDAH, 22 JANUARI 2026 – Majlis Amanat Tahun 2026 Pegawai Daerah Padang Terap Bersama Penjawat Awam Daerah Padang Terap telahpun diadakan pada 21 Januari 2026 (Rabu) bertempat di Dewan Tunku Putra, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman disini.
Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 Pegawai Daerah Padang Terap Bersama Penjawat Awam Daerah Padang Terap ini amat signifikan kerana buat julung disampaikan kepada seluruh penjawat awam di daerah Padang Terap, merangkumi agensi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
YBrs. Puan Hajjah Sharifah Norulasyikhah binti Syed Mohamad, Pegawai Daerah Padang Terap dalam amanatnya, berharap semoga tahun yang baru ini menjadi titik permulaan bagi kita semua untuk melonjakkan prestasi kerja, memperkukuh integriti dalam setiap tindakan, serta memperhalusi setiap pendekatan dalam memberi khidmat kepada rakyat dengan lebih efektif dan berkesan.
"Kejayaan sesebuah daerah bukan hanya bergantung kepada seorang individu, tetapi kepada komitmen, dedikasi, dan kerjasama semua pihak yang sama-sama berganding bahu untuk mencapai matlamat yang sama iaitu meningkatkan kualiti khidmat kepada rakyat, memperkukuh integriti, dan menzahirkan pentadbiran yang cemerlang", tambah beliau.
Dalam majlis ini juga, YBrs. Puan Pegawai Daerah Padang Terap turut menyampaikan sijil penghargaan kepada semua jabatan dan agensi Daerah Padang Terap bagi menghargai segala sumbangan dan dedikasi yang diberikan tanpa berbelah bahagi dalam menjayakan agenda pembangunan dan memperkukuhkan kesejahteraan rakyat di Daerah Padang Terap.
Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap telah dihadiri oleh En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, En. Wan Syahrin bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dan En. Johardi bin Rosla, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
