- JBS Kedah
- Hits: 8
Lawatan Pemantauan Program Projek Agrobelia Lestari 2025 Tanaman Nanas
- JBS Kedah
- Hits: 8
Kebun Haji Jameng, 25 Januari 2026 — Satu lawatan pemantauan Program Projek Agrobelia Lestari 2025 bagi tanaman nanas telah diadakan di Kebun Haji Jameng. Lawatan ini bertujuan menilai kemajuan projek serta memastikan pelaksanaannya berjalan lancar mengikut perancangan.
Pemantauan telah dilaksanakan bersama wakil Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Puan Azlina, serta wakil Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Zon Utara, Encik Mohd Rohaizat. Turut hadir ialah Encik Hanafii bin A. Rahman, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, dan Encik Samiuon selaku wakil PBSD Pendang serta Kelab Anak Muda Kampung Bahagia.
Program ini dilihat berpotensi besar dalam membantu dan memperkasa golongan belia untuk menceburi bidang pertanian secara lebih mampan dan berdaya saing, khususnya dalam industri tanaman nanas.
