Inspire Eksplorasi & Explorace Perkasa Sukan OKU Negara

Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah Langkawi telah berjaya melaksanakan Inspire Eksplorasi dan Pertandingan Explorace Penggerak Sukan Orang Kurang Upaya (OKU) Peringkat Kebangsaan 2025.
Program yang berlangsung dari 21 hingga 23 Januari 2026 di Pulau Langkawi, Kedah ini melibatkan seramai 70 pegawai dan penggerak sukan OKU dari seluruh negara, bertujuan memberi pendedahan berkaitan pelaksanaan aktiviti rekreasi luar yang inklusif dan bersesuaian mengikut kategori ketidakupayaan.
Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Pn. Siti Mariam Ahmad Tobias, Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan OKU, JBSN.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan JBSN dan JBS Negeri Kedah dalam memperkasa ekosistem sukan OKU ke arah pembangunan sukan yang inklusif dan mampan.
Pemerkasaan Sukan OKU, Komitmen Bersama!

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search