Kuala Muda, 24 Jan 2025 - Majlis Perasmian Penutup Himpunan Gema Pendekar Madani Zon Utara & Kejohanan Silat Terbuka Piala Pendekar Utama Negara Dato’ Dr Raja Abdul Majid telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Dewan Kenangan MPSPK, Sungai Petani, Kedah.
Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Diraja Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, dan turut dihadiri oleh Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution serta Menteri Belia dan Sukan (KBS), YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari sebagai tanda sokongan padu Kerajaan MADANI terhadap pemerkasaan seni warisan bangsa.
Program ini menjadi wadah penting dalam memartabatkan seni silat sebagai warisan kebudayaan Melayu, sekali gus membentuk jati diri, disiplin dan nilai kepimpinan belia melalui gagasan Pendekar Madani — berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
Dengan penyertaan ribuan pesilat dari seluruh negara, penganjuran ini membuktikan bahawa silat terus relevan sebagai simbol identiti nasional, perpaduan dan kekuatan warisan bangsa yang wajar dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang.
