MAJLIS PENUTUP PROGRAM KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG 2025 (FASA 3) PERINGKAT NEGERI KEDAH @ KUALA MUDA KANAK-KANAK B40

Sungai petani , 7 Januari 2026 - Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Kanak- kanak B40 (6 – 12 Tahun) @ Kuala Muda telah melabuhkan tirai bagi Fasa 3 tahun 2025 bertempat di SP Club Sungai Petani.
Majlis penutup dan penyerahan sijil disempurnakan Oleh Encik Nur Amali Bin Ihsanuddin, Pegawai Khas Ahli Parlimen Sungai Petani. Turut hadir Guru Besar SJKC Lin Kay dan waris.
Program ini bukan sekadar melatih kemahiran asas sukan, malah menjadi platform untuk peserta membina keyakinan diri serta memberi peluang yang sama rata kepada peserta.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah berganding bahu menjayakan program ini sehingga mencapai objektif yang dihasratkan.

#JBSNKedah
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#KLASRenangKedah

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search