- JBS Kedah
- Hits: 45
LAWATAN RASMI YB MENTERI BELIA DAN SUKAN KE KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
- JBS Kedah
- Hits: 45
YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan yang baharu, telah mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah selepas pelantikan beliau pada 17 Disember 2025.
Dalam amanat ringkas, beliau menekankan konsep Inklusiviti dan Pemerkasaan Akar Umbi dalam pelaksanaan program belia, kebajikan serta pembangunan kerjaya pegawai belia dan sukan, di samping memastikan kemudahan sukan dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat termasuk warga emas dan OKU.
Taklimat pengoperasian jabatan telah disampaikan oleh Puan Salwa binti Senawi, Penolong Pengarah Kanan Rakan Muda.
Lawatan ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendren a/l Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS; Encik Muazamil bin Jili, Pengarah Bahagian Pembangunan Potensi Rakan Muda; serta pegawai-pegawai jemputan yang lain. Pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Yan turut hadir bersama didalam majlis tersebut.
DISEDIAKAN OLEH : PBSD YAN
