- JBS Kedah
- Hits: 2
PBSD KOTA SETAR SEDIA MEMBERI KHIDMAT NASIHAT UNTUK PENDAFTARAN KELAB BOLASEPAK KENARI MUDA
- JBS Kedah
- Hits: 2
KOTA SETAR, 22 Januari 2026 - Presiden Penaja Kelab Bola Sepak Kenari Muda Telah hadir ke Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan penubuhan dan dokumentasi di sistem E-Rosa Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
Kelab Sukan Bola Sepak Kenari Muda ditubuhkan bertujuan mencungkil dan membangunkan bakat bola sepak di akar umbi melalui latihan berstruktur. Fokus utama adalah membentuk sahsiah, disiplin tinggi, serta meningkatkan teknik dan taktikal permainan bagi melahirkan pemain berkualiti, di samping menyemarakkan sukan komuniti. Tujuan penubuhan utama ialah untuk pembangunan bakat akar umbi, mengesan dan mengasah bakat muda dalam sukan bola sepak. Juga menyediakan program latihan sistematik oleh jurulatih bertauliah.pembentukan sahsiah, membentuk disiplin tinggi, semangat kesukanan, dan sahsiah terpuji dalam kalangan pemain. Juga sebagai persediaan masa depan untuk melahirkan generasi pemain yang berpotensi mengharumkan nama daerah dan negara.
Sesi penerangan diberikan oleh Pegawai Unit Pembangunan Sukan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar Puan Nor Hasimah Bt Abd Hamid.
DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL, PBSD KOTA SETAR
