PBSD KOTA SETAR BERSAMA PERSATUAN BOLA JARING DAERAH KOTA SETAR

KOTA SETAR, 4 Januari 2026 -  Presiden Persatuan Bola Jaring Daerah Kota Setar telah hadir ke Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar bagi membincangkan berkaitan permohonan Dana Sukan Komuniti bagi tahun 2026.

Persatuan Bola Jaring Daerah Kota Setar bercadang untuk membuat penganjuran pertandingan bola jaring peringkat daerah bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baharu, memilih atlet terbaik untuk mewakili daerah serta memupuk semangat sukan dan perpaduan dalam kalangan peserta. ia juga meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan disiplin pemain, di samping mendedahkan mereka kepada format pertandingan yang sebenar serta mempromosikan gaya hidup sihat dan kecergasan fizikal melalui aktiviti sukan

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar sentiasa menyokong setiap persatuan/kelab untuk penganjuran acara sukan/ belia dan rakan muda.

Hadir bersama Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar Puan Nazifah Binti Muhamad Zubir serta Pegawai Unit Pembangunan Sukan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar Puan Nor Hasimah Bt Abd Hamid. 

 

DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL, PBSD KOTA SETAR

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search