- JBS Kedah
- Hits: 8
KURSUS PENGURUSAN & REKOD FAIL JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
- JBS Kedah
- Hits: 8
LANGKAWI, 28 JANUARI 2026- Bertempat di Kompleks Belia & Sukan Negeri Kedah telah diadakan Kursus Pengurusan Rekod & Fail anjuran Bahagian Pentadbiran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Kursus selama 3 hari itu bermula pada 25-27 Januari 2026, melibatkan keseluruhan Pegawai Belia dan Sukan Daerah serta Pembantu Tafbir dan Pegawai di peringkat jabatan.
Perkongsian ilmu dan sesi ceramah telah disampaikan oleh 3 orang Pegawai dari Arkib Negara Malaysia (Kedah-Perlis) termasuk Pengarah ANM iaitu Encik Nik Man Bin Nik Soh.
Banyak input serta perkara yang baru telah dipelajari khususnya dalam kaedah pengurusan dan pelupusan rekod. Semoga dengan perlaksanaan kursus ini dapar menambahbaik pengurusan rekod di seluruh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh Puan Salwa Binti Senawi, Penolong Pengarah Rakan Muda ynag memangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
