- JBS Kedah
- Hits: 10
SESI PERTEMUAN DAN PERBINCANGAN PENGUPAYAAN PRIME FOOTBALL CLUB
- JBS Kedah
- Hits: 10
BANDAR BAHARU – 2 Mac 2026 – Telah berlangsung pertemuan dan perbincangan ringkas berkaitan pengupayaan Prime Football Club Bandar Baharu yang dihadiri oleh Nagendran Talamanicka, Presiden Prime Football Club dan Daneswaran Chandran, Penolong Presiden Prime Football Club bersama Puan Nik Noorazlin Nik Mohd Nor, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu dan Puan Nur Adila Mohamad, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu (Unit Sukan) bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu hari ini.
Tujuan perjumpaan ini diadakan ialah untuk mencapai kata sepakat dan kerjasama dalam pembangunan sukan bola sepak akar umbi demi melahirkan pemain-pemain yang berbakat besar dari Daerah Bandar Baharu khasnya pemain berbangsa India.
Puan Nik Noorazlin mengucapkan tahniah kepada Prime Football Club yang baru diluluskan pendaftaran di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS). Kelulusan ini mengiktiraf kelab secara sah di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 yang membolehkan kelab menggunakan nama kelab secara rasmi dalam urusan surat menyurat dan layak memohon bantuan kewangan atau geran pembangunan sukan daripada KBS.
Disediakan oleh :
Fariza bt. Ghazalli (PBSD Bandar Baharu)
fariza.ghazali@kbs gov.my
#TeamKBS#JBSNBersama#JBSNKedah#MalaysiaMadani#yakinboleh
