KULIM, 29 JANUARI 2026 – Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kulim, Puan Suzilah binti Baharudin bersama seorang Penolong Pegawai AADK Daerah Kulim telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim pada 22 Januari 2026 yang lalu.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam usaha membangunkan belia yang bebas daripada pengaruh dadah melalui program-program berimpak tinggi.
Semoga kerjasama antara AADK dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim terus kukuh demi kesejahteraan belia setempat.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
#yakinboleh
