MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI 2026 PERKUKUH HALA TUJU PEMBANGUNAN KOMUNITI SUNGAI PETANI

Sungai Petani, 1 Mac 2026 – Mesyuarat Penyelarasan Program Kampung Angkat MADANI (KAM) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Tahun 2026 telah diadakan di Dewan Salsabila, Kampung Bukit Kechil, Mukim Simpor, di sini hari ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Puan Azura Haji Sarbin itu menghimpunkan wakil pelbagai agensi dan pemegang taruh bagi memperincikan cadangan kerja serta skop projek yang akan dilaksanakan di bawah inisiatif Kampung Angkat MADANI KBS bagi tahun 2026.

Program ini bertujuan merapatkan jurang pembangunan antara kawasan luar bandar dan bandar melalui penyediaan infrastruktur asas, pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan serta penglibatan aktif komuniti setempat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Kampung Bukit Kechil telah dipilih sebagai lokasi pelaksanaan bagi daerah Sungai Petani.
Dalam mesyuarat tersebut, perbincangan tertumpu kepada keutamaan pembangunan yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan sosioekonomi penduduk termasuk penambahbaikan kemudahan awam, program pembangunan belia dan pengukuhan jaringan komuniti.

Sejurus selesai mesyuarat, pengerusi bersama ahli mesyuarat telah mengadakan lawatan tapak ke beberapa lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan cadangan pembangunan iaitu Telok Bayu, Kampung Bukit Kechil, Taman Keladi dan Kampung Batu Dua. 

Lawatan ini bertujuan menilai kesesuaian lokasi serta mendapatkan gambaran sebenar keperluan komuniti setempat.
Antara cadangan yang dibincangkan termasuk pelaksanaan projek di bawah Program Kampung Angkat MADANI, Sekolah Angkat MADANI serta inisiatif Santuni MADANI yang menekankan pendekatan turun padang, kebajikan dan pemerkasaan komuniti secara menyeluruh.

Diharapkan pelaksanaan program ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan holistik komuniti setempat sekali gus memperkukuh peranan belia sebagai agen perubahan dalam memacu pembangunan negeri Kedah.

#JBSNK
#TeamKBS
#TeamJBSN
#kbsMalaysia
#Malaysiamadani

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search