- JBS Kedah
- Hits: 10
SESI TAKLIMAT PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA JBSNK PERKUKUH PENYELARASAN PROGRAM DI PERINGKAT DAERAH
- JBS Kedah
- Hits: 10
Alor Setar, 5 Mac 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) telah mengadakan Sesi Taklimat Program Pembangunan Belia Secara Maya yang menghimpunkan Pegawai Belia dan Sukan Daerah (PBSD) dari 12 daerah di seluruh negeri Kedah bagi memperkukuhkan penyelarasan pelaksanaan program pembangunan belia di peringkat daerah.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, En. Mohd Hanaffi bin A. Rahman, yang memberi penerangan berkaitan hala tuju, fokus serta pelaksanaan program pembangunan belia di bawah JBSNK bagi memastikan inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan berimpak.
Turut terlibat dalam sesi taklimat tersebut ialah pegawai daripada Unit Sosial, Unit Kepimpinan dan Unit Ekonomi yang membentangkan taklimat berkaitan peranan serta perancangan program di bawah unit masing-masing. Pembentangan ini bertujuan memberi pemahaman yang jelas kepada semua PBSD mengenai kaedah pelaksanaan program serta mekanisme penyelarasan di peringkat daerah.
Selain itu, amanat daripada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah turut disampaikan kepada semua PBSD sebagai panduan dalam memperkukuhkan tadbir urus, meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program serta memperkasa peranan jabatan dalam pembangunan belia di negeri Kedah.
Sesi ini diharapkan dapat memperkukuhkan jaringan kerjasama antara jabatan di peringkat negeri dan daerah, seterusnya memastikan setiap program pembangunan belia yang dilaksanakan mampu memberi impak positif kepada golongan belia serta menyokong agenda pembangunan belia secara menyeluruh di negeri Kedah.
#JBSNK #TeamKBS #teamjbsn #Malaysiamadani
