PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN DAERAH KUALA MUDA 1447H/2026M ANJUR PROGRAM MEMASAK DAN MENGAGIHKAN BUBUR LAMBUK

SUNGAI PETANI, 16 MAC 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda telah menganjurkan Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Kuala Muda 1447H/2026 dengan pelaksanaan aktiviti memasak dan mengagihkan bubur lambuk yang berlangsung di SMK Bandar Puteri Jaya di sini, bermula jam 9.00 pagi.

Program ini melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk Majlis Belia Daerah Kuala Muda, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) serta Kelab Rakan Muda Sungai Petani.

Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda, Kamarol Azlan bin Abdull Hamid turut hadir bersama sukarelawan belia, pelajar sekolah serta komuniti setempat bagi menjayakan program berkenaan.

Melalui program ini, para peserta bergotong-royong menyediakan bubur lambuk sebelum diagihkan kepada penduduk sekitar, pengguna jalan raya serta warga sekolah sebagai juadah berbuka puasa.

Penganjuran program ini bertujuan memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan golongan belia di samping mengeratkan hubungan antara belia dan masyarakat setempat sepanjang bulan Ramadan.

Selain itu, program ini juga dilihat sebagai platform yang mampu menyemai nilai kerjasama, keprihatinan serta semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat melalui aktiviti kemasyarakatan yang bermanfaat.

Program Rakan Muda Ramadan ini diharapkan dapat terus dilaksanakan pada masa hadapan bagi mengimarahkan bulan Ramadan serta menggalakkan penglibatan aktif golongan belia dalam aktiviti komuniti.

 

Disediakan oleh :  RIDZUAN BIN HJ ALI (PBSD KUALA MUDA )

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search