MESYUARAT PENGURUSAN EKSEKUTIF JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH BILANGAN 01 TAHUN 2026

Negeri Kedah Bilangan 01 Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada Ahad, 15 Mac 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. 

Mesyuarat yang bermula pada jam 10.00 pagi itu dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Puan Azura binti Haji Sarbin. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan hala tuju, perancangan serta pelaksanaan program-program pembangunan belia dan sukan di negeri Kedah bagi tahun 2026.

Antara agenda utama yang dibincangkan termasuklah penambahbaikan pengurusan organisasi, pemantapan pelaksanaan program belia dan sukan di peringkat negeri serta penyelarasan perancangan aktiviti yang melibatkan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah En. Kamarol Azlan bin Abdull Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda bersama pegawai-pegawai kanan jabatan yang lain bagi membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan belia dan sukan di peringkat daerah.

Selain itu, mesyuarat turut memberi penekanan kepada usaha memperkasakan pembangunan belia melalui pelaksanaan program yang lebih berimpak tinggi serta meningkatkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan dan gaya hidup sihat.

Puan Azura dalam ucapannya menegaskan kepentingan kerjasama berpasukan dan komitmen semua pegawai dalam memastikan setiap program dan inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan demi manfaat golongan belia serta pembangunan sukan di negeri Kedah.

Mesyuarat ini diharap dapat menjadi platform penting dalam memperkukuh perancangan strategik jabatan serta memastikan segala inisiatif yang dirangka dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan berkesan sepanjang tahun 2026.

 

Disediakan oleh :  RIDZUAN BIN HJ ALI (PBSD KUALA MUDA )

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search