- JBS Kedah
- Hits: 21
RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN 1447H/2026M [ MASAK BUBUR LAMBUK ] PERINGKAT DAERAH PADANG TERAP.
- JBS Kedah
- Hits: 21
PADANG TERAP KEDAH, 17 MAC 2026 – Pelaksanaan Program Rakan Muda Ramadhan 1447H/2026M - Masak Bubur Lambuk Kasih Ramadan Peringkat Daerah Padang Terap telahpun diadakan dengan jayanya pada 16 Mac 2026 (Isnin) bertempat di Dewan Terbuka, Sekolah Menengah Kebangsaan Naka, Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman disini.
Aktiviti Memasak Bubur Lambuk Kasih Ramadan ini dilakukan oleh pelajar-pelajar Tingkatan 6 sekolah berkenaan dengan dibantu oleh Ahli Jawatankuasa Kelab Rukun Tetangga (KRT) Naka dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
Bubur lambuk ini kemudiannya diagihkan kepada semua pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Naka.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pengurusan pentadbiran SMK Naka atas kolaborasi bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dalam menjayakan aktiviti ini.
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
#rakanmuda
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
