MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN (JKPAK) DAN MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN (JPKA) BIL 1 TAHUN 2026 JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH.

ALOR SETAR KEDAH, 09 APRIL 2026 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Kedah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Bilangan 1 Tahun 2026 dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) Bilangan 1 Tahun 2026 pada 06 April 2026 (Isnin) yang lalu bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Alor Setar, Kedah Darul Aman disini.

Fokus utama kedua-dua mesyuarat ini adalah untuk memperincikan perkara berkaitan pengurusan aset alih kerajaan serta memantapkan pengurusan kewangan dan akaun jabatan. Langkah ini bertujuan memastikan tadbir urus di peringkat negeri dan daerah sentiasa berada pada tahap yang lebih cekap, telus dan berintegriti.

Langkah proaktif ini mencerminkan komitmen JBSN Kedah dalam memastikan setiap peruntukan dan harta kerajaan diuruskan dengan penuh amanah demi kecemerlangan perkhidmatan kepada komuniti belia dan sukan di negeri ini.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pn. Azura binti Haji Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.

Hadir bersama dalam mesyuarat ini ialah Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah serta Pegawai Belia dan Sukan Daerah (PBSD) dari seluruh negeri Kedah. Hadir bersama En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.

 

#teamkbs

#jbsnbersama

#JBSNKedah

#MalaysiaMadani  

DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search