KUNJUNG HORMAT DELIGASI SUKMA SELANGOR DI NEGERI KEDAH

Alor Setar, 6 April 2026 - Kerajaan Negeri Kedah hari ini menerima kunjungan hormat delegasi SUKMA dari Negeri Selangor yang diketuai oleh Mohd Najwan Halimi di Wisma Darul Aman.

Delegasi hadir bagi menyampaikan jemputan rasmi kepada Negeri Kedah untuk menyertai temasya SUKMA yang dijadual berlangsung pada Ogos ini. 

Kunjungan ini telah disambut oleh Muhammad Radhi Mat Din bersama barisan kepimpinan serta pengurusan sukan negeri.

Turut hadir ialah YB Baddrol Bakhtiar ADUN Gurun merangkap Timbalan Pengerusi MSNK, Dato' Mohd Yazid Sairi Timb. Setiausaha Kerajaan & CEO SUKMA Selangor, Haji Zulzuraidy Othman Pengarah MSNK, Puan Azura Haji Sarbin Pengarah JBS Negeri Kedah, En.  Mohamad Nizam Marjugi Pengarah Eksekutif MSNS & COO SUKMA Selangor dan En. Mohd Afiq Faiz Pen. Pengarah Seksyen Belia & Sukan BPEN.

Negeri Kedah menyambut baik jemputan ini dan komited untuk menghantar kontinjen terbaik dengan semangat juang tinggi demi mengharumkan nama negeri di pentas SUKMA nanti 💪

#TeamKBS  #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani  #JBSNK #Rakanmuda

#TaufiqJohari 
#MordiBimol
#ketuapengarahjabatanbeliadansukannegara 
#KBSMalaysia
#rakanmuda 
#beliamy

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search