KUNJUNG HORMAT PERSATUAN RENANG AMATUR NEGERI KEDAH

Alor Setar, 2 April 2026 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Renang Amatur Negeri Kedah dalam satu pertemuan strategik yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan profesional.
Pertemuan ini telah dihadiri oleh Pengarah JBSNK, Puan Azura Sarbin bersama Naib Presiden, Muhammad Danial Lim Bin Abdullah,
Setiausaha, Kamaleshwaren Lachimana Gandi dan
Pen. Bendahari, Nor Hidayu Binti Alias.
Perbincangan tertumpu kepada halatuju dan matlamat persatuan dalam memperkukuh pembangunan atlet renang negeri Kedah secara menyeluruh, khususnya dalam melahirkan atlet yang berdaya saing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Selain itu, kedua-dua pihak turut meneroka peluang kerjasama strategik melalui sokongan dana daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi memperkasa program pembangunan sukan renang di negeri ini.
Turut dibincangkan adalah cadangan projek pembangunan infrastruktur melibatkan Pusat Akuatik Negeri Kedah yang dilihat sebagai pemangkin kepada pembangunan sukan akuatik serta platform latihan yang lebih kondusif kepada atlet-atlet negeri.
JBSNK komited untuk terus memperkukuh hubungan strategik bersama persatuan sukan negeri demi memastikan pembangunan belia dan sukan yang mampan serta berimpak tinggi di Kedah.

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-04-2026, 20:15:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search