Majlis Penyerahan Kampung Angkat MADANI di bawah Jabatan Pembangunan Negeri Kedah

12 April 2026-Kampung Padang Mahligai, Sidam Kiri telah dilaksanakan hari ni dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dr. Mohammed Taufiq Bin Johari, Menteri Belia Dan Sukan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Sungai Petani.
Kampung Angkat MADANI adalah sebagai simbol komitmen kerajaan dalam memperkasa pembangunan komuniti dan memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara agensi kerajaan, komuniti setempat serta rakan kolaborasi ke arah pembangunan sosioekonomi yang mampan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui pelaksanaan projek yang memberi impak langsung kepada kemudahan asas, pendidikan, kebajikan dan kualiti hidup penduduk setempat.
Puan Azura Binti Haji Sarbin, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah turut hadir dalam majlis tersebut dan turut menerima sijil penghargaan atas kerjasama serta sumbangan menjayakan Program Kampung Angkat MADANI : Kampung Padang Mahligai.

Taufiq Johari
#JBSNKomited
#teamkbs
#ketuapengarahJBSN

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search