Teluk Bagan, 4 April 2026- Kawasan lapang di Teluk Bagan hari ini berubah menjadi medan tumpuan peminat seni warisan menerusi penganjuran Festival Seni Budaya dan Cabaran Wau. Program yang menggabungkan elemen sukan tradisional dan estetika budaya ini telah dirasmikan oleh YB Asmirul Anuar Aris.
Dalam ucapan perasmiannya, YB Asmirul menekankan bahawa penganjuran festival di Tandop ini merupakan langkah strategik untuk menghidupkan kembali minat anak muda terhadap permainan tradisional yang kian dipinggirkan oleh gajet digital.
Turut hadir menyerikan majlis adalah Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah yang hadir bagi memberikan sokongan padu terhadap usaha pemeliharaan seni dan menyertai Larian Funwalk Riverside. Kehadiran pihak pengurusan tertinggi ini membuktikan komitmen agensi dalam memastikan kelestarian budaya tetap relevan dalam arus pembangunan moden.
#teamKedah
#teamkbs
