MASA DEPAN TENIS KEDAH TERUS DIPERKASA

SINTOK, 1 APRIL 2026 – Bahang sukan tenis semakin dirasai di bumi Kedah apabila Kompleks Sukan Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok menjadi tumpuan lebih 250 pemain muda dari seluruh negara sempena Kejohanan Kedah Tennis Malaysia Junior Tour 2026 Siri 2.

Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja menghimpunkan bakat-bakat pelapis negara, malah mencerminkan keyakinan pihak berkepentingan terhadap kemampuan Kedah sebagai tuan rumah bagi kejohanan bertaraf kebangsaan di bawah kelolaan Lawn Tennis Association of Malaysia.

Program ini merupakan hasil kerjasama erat antara Persatuan Tenis Kedah Darul Aman bersama Kerajaan Negeri Kedah, sekali gus memperkukuh pembangunan sukan tenis di peringkat akar umbi serta merancakkan aktiviti ekonomi setempat.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Muhamad Radhi Mat Din yang turut menzahirkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memperkasakan pembangunan belia dan sukan.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) menyambut baik penganjuran kejohanan ini sebagai platform penting dalam mencungkil bakat baharu serta membina kesinambungan atlet tenis berprestasi tinggi.

Inisiatif sebegini diyakini mampu melahirkan lebih ramai pemain berkualiti yang berpotensi mengharumkan nama negeri dan negara di pentas antarabangsa.

Dengan kehadiran Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) , Puan Azura Sarbin, JBSNK akan terus komited menyokong penganjuran program seumpama ini selaras dengan aspirasi memperkasa ekosistem pembangunan sukan yang inklusif, kompetitif dan mampan di negeri Kedah.

#JBSNK
#TEAMJBSN
#TeamKBS
#KedahSejahtera

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search