Audit Tadbir Urus Pengoperasian Gymnasium Rakyat JBSN

Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah melaksanakan Audit Tadbir Urus Pengoperasian Gymnasium Rakyat di Negeri Kedah melibatkan tiga lokasi utama iaitu Kompleks Sukan di Baling, Jerlun dan Alor Setar.
Audit ini dikendalikan oleh tiga pegawai pemeriksa aset JBSN iaitu Encik Abdul Razak bin Abdul Rashid, Puan Norazrin binti Kamsor dan Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah. Pemeriksaan yang dijalankan merangkumi aspek tadbir urus pengoperasian gymnasium, status serta penyelenggaraan aset, di samping penilaian menyeluruh bagi menentukan kesesuaian kemudahan sama ada untuk diteruskan, ditambah baik atau ditutup bagi memberi laluan kepada fungsi baharu sebagai pusat aktiviti atau pusat kecergasan yang lebih relevan.
Turut hadir mengiringi sesi audit ialah Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Sebagai penutup lawatan, pegawai pemeriksa turut mengadakan sesi pertemuan bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Puan Azura Hj Sarbin bagi membentangkan dapatan awal audit sebelum kembali ke ibu pejabat.
Pelaksanaan audit ini mencerminkan komitmen berterusan JBSN dalam memastikan kemudahan sukan negara sentiasa berada pada tahap terbaik serta memenuhi keperluan semasa masyarakat.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani #JBSNK Rakanmuda

TaufiqJohari
KBSMalaysia
rakanmuda
beliamy

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search