MESYUARAT INDUK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026

Alor Setar | 28 April 2026

Mesyuarat Induk Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Kedah 2026 telah diadakan dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan, sektor swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan kelancaran penganjuran sambutan HBN tahun ini.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Dato’ Zepri bin Saad, Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah. Turut hadir ialah Puan Azura Hj. Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah serta En. Mohd Amir Murshidi bin Dato’ Samsudin, Presiden Majlis Belia Negeri Kedah.
Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah 2026 dijadualkan berlangsung pada 22 hingga 23 Mei 2026 bertempat di Starwalk Alor Setar.
Majlis Belia Negeri Kedah selaku pemegang taruh utama memainkan peranan penting dalam merancang dan menyelaras pelaksanaan program, dengan sokongan padu daripada semua rakan strategik yang terlibat.
Antara fokus utama mesyuarat adalah penyelarasan aktiviti-aktiviti utama yang akan dilaksanakan sepanjang sambutan HBN, merangkumi pengisian program berteraskan pembangunan belia, gaya hidup sihat, kesukarelawanan serta pengukuhan jati diri.
Kerjasama erat antara semua pihak diharap dapat memastikan penganjuran Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah 2026 berjalan lancar, berimpak tinggi serta memberi manfaat kepada seluruh golongan belia di negeri ini.

#HBNKedah
#KBSMalaysia
#TeamJBSN
#jbsnk
#TaufiqJohari
MordiBimol

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search