KEMERIAHAN KAYUHAN SANTAI NEON 80 TERUS MENYINAR!

Dengan penuh semangat dan keterujaan, acara pelepasan Kayuhan Santai Neon 80 Kedahfm telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang cukup meriah dan berwarna-warni di mulakan di RTM Kedah dan berakhir di Kompleks Pekan Rabu, Alor Setar   
Seawal jam 7.45 malam, para peserta mula membanjiri lokasi dengan gaya neon masing-masing, pakaian menarik, seterusnya mengayuh bersama-sama penuh tenaga dan semangat kesukanan.

Kayuhan ini bukan sekadar aktiviti riadah, tetapi menjadi simbol gaya hidup sihat serta platform mengeratkan hubungan komuniti dalam suasana santai dan harmoni  
Turut hadir Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK), Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman, yang bersama-sama memeriahkan suasana serta memberi sokongan kepada para peserta.
Selain kayuhan, pelbagai aktiviti menarik turut menceriakan malam seperti :

  Meet & Greet bersama penyampai Kedahfm
  DJ Corner dengan alunan muzik yang bertenaga
  Persembahan buskers secara langsung
  Jualan pelbagai makanan yang menyelerakan

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua peserta, rakan strategik, penganjur serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dengan penuh komitmen.
Semoga semangat kesukanan dan amalan gaya hidup sihat ini terus subur dalam kalangan masyarakat serta menjadi inspirasi kepada semua   

#JBSNK #HariBeliaNegara #KayuhanNeon80 #SukanUntukSemua #GayaHidupSihat
TeamKBS
TaufiqJohari
MordiBimol

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search