SESI PENILAIAN DOKUMEN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) 2026 PERINGKAT NEGERI KEDAH

Alor Setar | 28 April 2026
Sesi semakan dokumen bagi calon-calon Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2026 kategori Pertubuhan Belia telah diadakan di bilik mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Seramai tiga orang panel penilai telah dilantik bagi kategori pertubuhan pada tahun ini iaitu :

• Muhammad Nasir Ismail – Pengurus Projek Yayasan Sultanah Bahiyah
• Raudzoh Darus – Timbalan Pengarah IKBN Jitra
• Mohd Noor Azam – Mantan Pengurusan Kanan Majlis Belia Negeri Kedah 

Sebanyak 22 pencalonan telah diterima melibatkan penyertaan dari seluruh negeri Kedah. Proses semakan dokumen ini bertujuan memastikan setiap pencalonan memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.
Seterusnya, sesi penilaian oleh panel ke premis persatuan yang terlibat akan dilaksanakan dalam masa terdekat dan akan dimaklumkan kemudian.
Nantikan!

#KBSMalaysia
#APBN
#HBN2026
#TeamKBS
#TeamJBSN
JBSNK
TaufiqJohari
MordiBimol

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search