- JBS Kedah
- Hits: 17
Kunjungan Hormat AADK Negeri Kedah Perkukuh Kerjasama Bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah
- JBS Kedah
- Hits: 17
Alor Setar, 26 April 2026- Encik Md Razif bin Wan, Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kedah telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Puan Azura binti Haji Sarbin.
Kunjungan ini bertujuan mengeratkan hubungan strategik serta membincangkan kerjasama dalam pelaksanaan program pencegahan dadah dan pembangunan belia.
Kedua-dua pihak turut menyatakan komitmen untuk memperkukuh kolaborasi melalui pelbagai inisiatif kesedaran dan penglibatan komuniti, khususnya dalam kalangan belia di negeri Kedah.
Turut hadir bersama Puan Juzailah binti Omar, Penolong Pengarah AADK Negeri Kedah dan pegawai-pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
#teamKedah #taufiqjohari #teamkbs
