Pendang - Pendang terus diserikan dengan semangat anak muda menerusi Sambutan Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Daerah Pendang yang berlangsung meriah dan penuh energi di Mini Stadium Pendang.
Pelbagai pengisian menarik telah diadakan termasuk Segmen Malaysia Aktif yang menggalakkan gaya hidup sihat dan cergas dalam kalangan belia serta Segmen Penciptaan dan Peluang Pekerjaan sebagai platform membuka ruang jaringan, inspirasi dan peluang masa depan buat anak muda.
Program ini membuktikan belia bukan sahaja aktif dalam komuniti, malah bersedia menjadi penggerak pembangunan dan pencetus kejayaan masa depan.
Jumpa anda semua di Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah pada 22-23 Mei 2026.
@taufiqjohari
#SemarakBelia
#HariBeliaNegara2026
#JBSNK
#TeamJBSN
#TeamKBS
